Monday, December 31, 2007

Babai 2007...

Assalamu'alaikum wrt...

Hari dah malam. Suasana dalam rumah aku cam biasa. Ada yg tgh makan, ada yg tgh layan game online, ada yg tgk tv..owh.anak sedara aku tgh layan High School Musical2. Owh ho. Adik aku. Keluar. Mungkin jumpa kawan2 atau membaiki kereta... (lama benor keta tersadai...tukar mcm2..) Owh ho.. tecit dok ulang alik ke bilik aku. Ni dah kali ke 2 aku menaip. Yang mula2 tak jadi... Owh ho... (eish.owh ho owho.. cam santa klaus lak)


Bape jam je lagi, tirai 2007 berlabuh. Kendian 2008 lak menjengah...

Ya Allah, cepat betul masa berlalu...

Cuma aku rasa, ada perbezaan drpd tahun sebelum2 ni.. Mungkin kerana aku dah memasuki fasa dewasa jadi fikiran tu lebih matang daripada sebelum2 ni.. Itu aku rasa lah. Tapi, kalo sekilas pandang, orang ble kata aku cam fresh SPM (ahaks..perasan betol!~ ) takpon fresh grad.. Walaupon pada hakikatnya, aku ni dah lebih suku abad gitu...:)

Okaylah.. aku tatau nak tulis pe. Kita jumpe lagi esok.

Selamat Tahun Baru 2008.

Dalam berseronok2 sambut 2008, jgn lupa lak... Khamis depan,10 Januari 2008 adalah sambutan Maal Hijrah 1429... :)

1429 nanti mmg aku berhijrah. Berhijrah tempat dari satu negeri ke negeri yg lain... Mudah2an baik2 aje.. Amiin;)

Ok korang.. Selamat Berehat;)

Assalamu'alaikum wrt;)

Saturday, December 15, 2007

Banjir & Kenduri

Assalamu'alaikum wrt...

Kampung sebelah kampung aku dinaiki banjir. Mak kata, makin naik tapi tak sampai ke kampung kami. Apepon kudoakan semuanya selamat...

Abah ke KL hari nih. Jalan mana yg dilalui, wallahua'alam... Biasa la org lama, musti tau jalan pintas. Nope. Bukan jalan pintas, tetapi jalan jauh yg melalui banyak daerah tapi InsyaAllah selamat daripada banjir... Abah dah bergerak kul 0730 pagi & insyaAllah sampai kul 1200 tengahri ni. Isk. jauh betul...Mudah2an selamat pergi dan balik... Amiin.

Esok, 2 kenduri yg perlu dihadiri. 2 2 sepupu aku. Sorang tu, anak adik abah. Mereka adikberadik berusaha bersungguh2 utk menghadirinya... MasyaAllah, best kan. Ikatan kekeluargaan yg begitu kuat. Credit to my arwah aki & wan..

Yang sorang lagi, anak adik mak aku. Belah mak pon berusaha utk dtg. Mudah2an laluan LPT dah dibuka esok.. (Amiin...) Sesungguhnya, bonda tak dapat menghadirinya disebabkan kesihatan yg kurang umph! Tapi insyaAllah, kami akan dtg sebagai wakil bonda...:)

Bercerita tentang banjir, dulu, merasa jugakla berendam dlm air banjir. Hehe. Itupon susah nak dpt kelulusan. Tapi aku heran, nape la sedara lelaki aku senangggg je bole mandi.. Mungkin mereka pegi walaupon tak dapat kebenaran. Kot. Sekali tu, aku digigit lintah. Waaa... gelinya. Lepas tu, mintak maap yer.. takmo dah mandi air banjir.

Buat teman2 diluar sana yg menghadapi banjir, semoga sabar & tabah... Jgn le pulak nak buat terjun tiruk. Bahaya! Mintak dijauhkan drpd kemalangan yg tak diingini...

Weh!Khamis ni Raya Qurban! Tapi sayang, aku tak dapat balik kg utk buat apa2 persediaan.. Mmg balik malam raya la nampaknya ni. Itupon kalo jalan penghubung ok. Kalo masih cam skrg, hmm... mungkin beraya di kolumpo la nampaknya......

Selamat berhujung minggu semua!:)

Friday, December 14, 2007

SePOi

Assalamu'alaikum wrt...

Sepoi sepoi bahasa.

Camtulah diibaratkan blog aku nih. Kadang2 cepat je cite terbaru, kadang tu, sebulan sekali cite yg aku tulis.
Bukan malas, bukan tak suka tapi masa tengah banyak idea, mencurah2 bak mencurah air ke daun keladi (cesss) masaaaaaa tuuuu jugaaaaakkkk laaa ada keje yg lebih utama yg perlu aku setelkan. Jadik, kene la bagi keutamaan. Tak gitu, kak ungku? hehe.. kak ungku lagik!;p

Sebut pasal sepoi, aku tingat kat sorang senior aku yg manis itu. Geng2 panggil 'SEPOI' jadik tak terkecuali lah aku... Takkan nak panggil nama penuh, janggal yang amat lak rasanya. A very nice person. Aku kenal pon masa aku ikut ekspedisi panjat Gunung Nuang tahun 1997. Masa tu umur aku masih belasan tahun... Senior aku tu, rasanya, dah 20. (kot) ahaks.. ada ati nak nekel senior! huhu...

Laju siot senior aku tu. Aku antara yg kebelakang. PANCIT! 1st time panjat gunung tu... Aku la. Senior tu, dah berkali2 dah.. Tu pasal laju semacam.

Itu memori pertama dan terakhir aku join ekspedisi panjat gunung bersama2 beliau. Sebab lepas tu, senior sambung Degree kat Shah Alam. But still, cite2 menarik tentang beliau tetap sampai ke telinga aku yg mulus inih. hehe.

Kami, geng mendaki,merancang utk menawan puncak Gunung Kinabalu. Jadi sebelum ke sana, rasa dulu lah penat jerih mendaki gunung2 di Semenanjung ni.. Dukacita, aku tak dapat mengikuti setiap ekspedisi selepas G. Nuang. Kewangan tu satu hal tapi itu bisa di atur... Yg tak bole diatur bile tak dapat kelulusan drpd Yg Berhormat. AKu takmo la jadi anak derhaka, jadi aku akur dan berkata Tidak pada mereka... Berasap je la tinge nih dgr cite2 mereka sesudah ekspedisi...

Satu ekspedisi ke Gunung Irau. Mereka ajak tapi cam biasa la.. AKu cakap takpe la.. (sob sob) Masa tu jugak, aku ambik short sem. Jadi, alasan tu semacam kukuh la. Mula la aku terbayang2 keseronokan dipuncak gunung, riang gembira bersusah payah bersama. Aku akui, geng mendaki mempunyai semangat setiakawan yg kuat. Mmg gerenti tolong! Tapi kene tahan sket la, kene usik la, kene sakat la... (aku penah kene, sorang member letak batu sungai yg beso dlm beg aku! Beg yg dah berat tu bertambah berat dibuatnya! Dah sampai kat base camp baru perasan! HARUNYEEEE....Sudahnya, batu tu jadi penyendal pintu bilik tidur kat hostel. :D)

Okek. Berbalik cite senior tu.

Ekspedisi Irau adalah yang terakhir buat dirinya. Diberitakan senior telah pergi meninggalkan dunia yg fana ini... Arwah salah seorg pendaki yang meninggal dunia dlm ekspedisi itu. Diberitakan lemas sbb terhidu gas beracun masa tido dlm khemah.

Sesapa yg ingat,baik suratkhabar,tv mahupon radio ada menyiarkan cite pasal kejadian ini..

Owh.. mungkin kalian lupa atau tak pernah tahu sebab ia berlaku 8 tahun yg lalu.. May 1999.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau...

*Sedey... sob sob...

Thursday, December 13, 2007

Demam.. huhu:~


Assalamu'alaikum wrt...

Kak ungku demam, gue pon demam... ecece..mcm berjanji lak ye, kak ungku...:p

Smlm terpaksa ambik setengah hari, g klinik. Tak larat rasanya. Kalo stakat tanggung demam tu, ok kot..tapi plus plus ngan keje, isk... tak dapek den nak nolong...

Aku g klinik fevret. Mr Doc gitu youuu... haha. Sekali dua je aku dapat jumpa Ms Doc. Wrong timing, mungkin...

Mr Doc: Aha.. ***, kenapa ni?
Aku: Demam, Mr Doc. Selsema.. Kepala pening...
Mr Doc: Sejak bile tu? (bertanya ngan muka penuh minat gitu...hehe )
Aku: Malam tadi demam. Selsema start teruk pagi ni. Pening2 gak..
Mr Doc: Ic. Kenapa tak makan ubat? (muka penuh pertanyaan )
Aku: Saya tak suka makan ubat, Mr Doc.
Mr Doc: Bis tu? (tanya ngan muka tersengih2...)
Aku: Tapi sy suka consult ngan doktor.
Mr DOc: Owh.. gitu pulak... (senyum terus doktor tu)
Aku: Betul.. Mr Doc, sakit tulang la. Tulang montot ni, sakit jer..
Mr Doc: Sakit? Lenguh tu... Jadi mcm mana ni, nak ubat ke tak ni?
Aku: Bagi la Mr Doc...
Mr Doc: Okeh. Kalo gitu, sy bagi mild antibiotic la.. dan lelain. okeh?
Aku: Okeh:)

Dan aku pon pulang ngan ubat2 yg...hmm..bole abes makan ke? Nak tak nak, kene makan gak...huhu...

Saturday, December 1, 2007

Keje



Hari nih keje. Keje untuk menyiapkan repot. Minggu depan mesyuarat lembaga.. Berdebar dah nih. Nak tak nak, kene siap gak.

Ya Allah.. ampuni aku...

Hari nih, konvokesyen nephew Tamat sudah pengajian beliau di educare. InsyaAllah tahun depan masuk Darjah 1. Sekolah beliau dekat2 sekolah mak beliau mengajar... Dah beso rupanya nephew aku tuh. Dolu2 aku libas je si kecik tu, skang mane ble.. Dah beso. Dah bole treat dia sebagai kanak2 dah beso. aip! jgn le imagine aku libas betol2.. ish.idoknye gitu...mau dibuatnya muka masuk suratkabo..isk..naudzubillah...

Makanya, tinggal la si baby tecit kat educare.. Baby pon dah tak baby dah. Tahun depan masuk 2 tahun. Skrg ni pon dah penuh gigi... *alala...tomeynyehhhh...
Tingat konvokesyen masa aku tadika dulu. Mak & Abah tak dapat menghadiri hari beso tu. Jadinya, kakak2 asrama - tak silap aku, antaranya adalah kak Aminadhah - yang teman aku g konvokesyen. Kami berjalan kaki ke dewan tadika,bergumbira..gelak2.. jgn ditanya ape yg kami borakkan, konpem tak ingat! Menteri Besar Pahang yang mentauliahkan pengajian gue waktu itu.. hehe.. Lepas tu, terus balik. Tau2 je, kawan abah - Ustaz Zakaria tunjukkan gambar gue masa tgh ambik skrol tu..

Aku tak tau sebab apa abah tak dapat pegi. Out station,kot. Mak tak dpt pegi atas sebab2 kesihatan.. Takpe. Aku paham:) Jadinya, aku mmg bersetuju amat2 bile kakak aku & BIL pegi konvokesyen nephew aku.

Best tau. Kenangan untuk nephew aku:)

Okla. Nak g makan tengahari lak.

Sekian berita 1.30.

Wassalam.

*waa... report.