Thursday, May 31, 2007

...Selamat Pengantin Baru...

Bukan pada aku, tetapi pada insan2 yang akan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini..

Teristimewa buat my Lovely Bro...

Cikgu Mohammad Hafiz & Cikgu Rabiatul Adawiyah

Tak lupa juga buat cikgu maya aku (bukan Maya Karin yer...) walaupun profession cikgu aku ni bak jauh panggang dari api tapi, pada aku beliau tetap cikgu aku..

Cikgu Kemat a.k.a Cikgu Hatim & Cikgu Nahdiya.

Cam pakat2 lak mereka ni. Kawin tarikh yang sama, pasangannya cikgu + asal dr kawasan yg berdekatan walaupun pada hakikatnya, masing2 merantau mencari rezeki & menabur bakti...

Aku doakan kalian berbahagia dan diberkati olehNya di dunia & di akhirat.. Amiin:)

Umah kat kg aku dah lama tak meriah cenggini. Dekat 7 tahun menunggu kemeriahan ini berlaku lagi. Harap2, yg seterusnya akan menyusul tak lama lagi.. :) ..Amiin..

*Rasa cam nak kawin lak.. wooohooo!!!

...Yakinkan aku Tuhan...:)

Thursday, May 17, 2007

IC @ KP

Aih.. laju pulak idea aku nih.

Teringat pula kisah IC @ kad pengenalan...

Aku memohon KP pada usia 12 tahun.. ala. sume org sama.. kan? Cuma aku nak tanya, bape lama korang kene tunggu utk KP siap? Umur 13thn, dah siap.. tak gitu?

Aku? Lama siot.. aku ambik PMR pon, KP aku tak siap2 lagi tau!

Punye la lama..

Selama 3 tahun tu, aku dok guna kertas KP sementara tu utk apa2 urusan terutama berkaitan sekolah. Masalah menjadi semakin ketara bile cikgu mintak no KP utk daftar PMR. (eh. PMR kene daftar kan? bukan otomatik? alamak. cikgu2, tolong aku...)

Tak kesah la kan otomatik ke tak.. tapi yg pasti, cikgu sekolah aku sibuk minta no KP. paling bermasalah ialah aku! Eh. Bukan kerna 'masalah' disiplin tau, tapi hal KP ni la..

Sampai cikgu in charge, panggil aku - orang kemboja la,siam la..

Memula tercuit gak la bile cikgu cakap gitu tapi, no prob la teacher.. Cikgu nak kata apa pon, kata la, janji aku ble ambik PMR!

Aku buat balik KP tapi...

Satu masalah timbul.. CAP JARI AKU! Tak bole dibaca lak ...

Woohoo!! Masalah! Masalah!

Masa F3, ibu jari kiri aku tercedera. Hebat gak la. Siap berjahit.. Ini kes buat kek raya la ni. (Ada masa aku cite dlm en3 lain). Jenuh gak la menempek jari, bior jelas..
Alhamdulillah, beres...:)

Lagi skali, aku pegang kertas KP sementara.. Gambar semakin manis la. haha. Sbb yg pertama kali tu, masa budak2, selamba jer.. Yg ke 2 ni, pandai sket la.. haha..

Aku hadapi PMR dgn jayanya.. wpun tidak dgn KP seperti kawan2 lain.. Takpe. Unik:)

KP aku yg comel siap setelah PMR berlalu.. hehe.. KP org lain dah nak ranap, aku nyer.. perrrrrrrrrrrrhhh.. PANAS TUH!!! CANTIK SIOT!:D

Apepun, Alhamdulillah, berkat usaha semua pihak - parent aku, cikgu2 aku dan empunya diri, segala halangan dpt diatasi...

Dan bila SPM menjelma, no more kertas2... ni dia, KP gue!:)

Lamanya..

Lamanya tak upd8 blog.. kadang2 naik jemu, asyik baca en3 yg sama. Tapi nak buat camne, masa tak mengizinkan. Bile ada idea jer, mesti bukan depan pc. Konon nak tulis aa tapi ceh.. lupe la pulak... Tapi, rasa seronok lak baca blog kawan2,meriah gitu.. Tak ble jadi nih. Kene upd8 blog sendiri...

Rasanya belum terlewat utk aku ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru..:) ye , GURU:)

Kadang2 teringin gak nak jadi cikgu tapi kadang2 rasa tak pulak.. hehe. Takpe. Aku jadi apa yg aku jadi skrg, kot2 lepas ni tukar profesion.. ha..jadi apa yg bakal aku jadi tu pulak la.

ehe. phm?

Hujung minggu lepas, balik kg.. bertemu dgn ayahnda bonda.. Selamat Hari Ibu:)

Kepulangan kali nih, ayahnda bonda buat kejutan lak.. aku? haha.. terkejut tapi menten.. nak komen lebey2 pon tak ble. Jadi, kene sabar. Wait n see je la ape yg bakal berlaku..

:)

Monday, April 30, 2007

30 Minit...

Eceh.. persis berita RTM lak, hanya 30 minit. Ringkas padat gitu..

Minggu lepas, sewaktu sekalian makhluk bertaburan mencari rezeki, hanya dlm 30 minit, rumah kami telah dikopak oleh sang pencuri. Habis grill & pintu dikopak. Kena ganti pintu baru yg kalo diikutkan, pintu kena kopak tu,baru beberapa bulan ditukar..
Barang2 yg ilang, ble tahan gak la.. masa mula2 kira barang hilang, sket je. Tapi, bile sehari ke sehari..aiihh..banyak pulak yg ilang rupanya...

Yang paling sadis, CORDLESS PHONE rumah pun kene rembat!

Mungkin pencuri ingat itu handphone kot.. hehe..

Dlm tempoh ni juga, tak merasa la nephew aku nak tengok Power Ranger @ Spiderman @ Cicak Man berulang kali sampai pitam seperti selalu. (Sume tu original tau.. bukan cetak rompak) . Kakak aku berkata, bile agaknya kita nak beli yang baru yer.. (sedih je aku nengok muka kak long) Aku jawab..'Takpe, ada rezeki, sy beli satu.' hehe.. Mudah2an.. murah rezeki aku. Dah lama gak tak membeli nih..(ecece...)

Begitu juga kamera.. Gamaknya, aku kene tambah simpanan, nak beli yang baru sbb yg selalu telah tiada.. kena rembat!

Itu kisah 30 Minit yg tragis utk kuarga aku pada minggu lepas...

Aku yakin ada hikmah disebalik kejadian itu.. Sesungguhnya aku bersyukur, kami sume selamat...

Mudah2an kita semua dilindungi Allah sentiasa... Amiin:)

Okeh kawan2.. Selamat bercuti. Korang g mana cuti 2 hari nih? Sape nak ikut aku balik kampung? ...JOM!


Thursday, April 19, 2007

Hye!

Memetik kata2 pemanggil di sebuah stesen radio Malaysia,

Jika seorang WANITA berumur 30 tahun DAN belum berkahwin
Orang kata "ANDARTU'

Jika WANITA itu,MENINGGAL DUNIA, pada usia 30 tahun DAN belum berkahwin,
Orang kata ' Siannya..MUDA lagi, belum kahwin, dah meninggal dunia...'

Hye!

Apa tu? sekejap kata TUA, sekejap kata MUDA..

hmm.. Apa ada pada usia...?

Monday, April 16, 2007

Catitan

If there is a grass
Let it be green
If there is a sky
Let it be blue
If there is a FRIEND
Let it be TRUE:)

***Tadi, mencari buku alamat. Jumpa. Ingatkan catit nombor tpon cikgu sekolah. ish. Takde la pulak. Sudahnya, terjumpe lak catitan ni...cari bende lain,jumpe bende lain..:D

Sunday, April 15, 2007

Ringkas

***Mana kepala mak?

***Lepas abah mesyuarat, baru pegi kawin

***Abah ada kursus kawin ahad ni...

Itu adalah ayat2 ringkas yg seringkali digunapakai oleh mak aku. Abah jarang guna ayat2 begitu dan aku pulak selalu gak guna ayat tu.Penangan mak la..cakap gitu, aku pon ikut ringkas gak la...

Meh sini aku terangkan maksud2nya..

1) Mana kepala mak = Mana serkup kepala mak?

Digunapakai bile ada tetamu yg dtg mengejut.Tak sempat dah nak kata ayat molek2, mak aku ringkaskan serkup jadi kepala terus..

2) Lepas abah mesyuarat, baru pegi kawin

Kawin dlm konteks ni = kenduri. Nak ringkas punye pasal, cakap kawin jer...

3) Abah ada kursus kawin ahad ni...

Uits.Jgn salah faham yer. Abah aku ni, dulu, bertugas sbg penceramah kursus kawin. Kalo tak hari sabtu, hari ahad la.. Jadi nak mudah cerita - abah ada kursus kawin (bg ceramah) hari sabtu/ahad..

Begitulah antara ayat2 ringkas yang aku rasa, kami je yg faham... Korang pulak ble faham bile dah diterangkan, tak gitu?

Itu ayat bonda la.. Kalau abah, guna ayat betul2..

Pasti korang pon ada ayat2 ringkas yang kadang2 hanya korang shj yg tahu. Nak2 pulak tulis dalam diari.. Ecece..tak nak ngaku lak..:)

Selamat berhujung minggu!:)