Sunday, January 20, 2008

Guru Pelatih

Assalamu'alaikum wrt...

Aku la tu. Guru pelatih. Profession terbaru aku.Bakal mendidik putera puteri negara tahun depan...

Keputusan yg berat. Tapi aku yakin, InsyaAllah keputusan yang tepat.

Berat tapi tepat.

Berat kerana terpaksa mengasak fikiran,berperang perasaan untuk mendapatkan keputusan. Keputusan yg hadir dr dalam diri. Bukan dipaksa, bukan disuruh...

Berat kerana kena pilih antara 2 kerjaya yang sama2 hebat.
Kerjaya sedia ada mmg tepat dgn kelulusan aku. Aku tidaklah memikirkan sgt tentang imbuhan walaupon kusedar ia tak la sebest rakan2 aku yg lain. Mungkin ada yg tak percaya tapi kene percaya jugakla. Sbb mmg aku keje situ. Faktor persekitaran yg nyaman buatkan aku rasa lagi nyaman utk duk kat situ. Nyaman tu, dlm konteks percakapan aku antara lainnye ialah aku dapat tunaikan kewajipanku padaNya.

...Bukan bermakna aku saje2 meletakkan diri aku dlm dilema. Tidak sama sekali.

Aku mengisi borang sblm aku dpt tawaran kerja ditempat kerja aku tu. Aku hanya merasakan aku hanya akan dpt menduduki xm. Itu je. Takde terpk dpt interview...

Itu fikiran aku. Itu perasaan aku. Itu firasat aku.

Tapi aku lupa (Ya Allah, Ampunkan daku...) Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Tup tup, aku dpt interview... Ah. Masa interview tu pon dah ralat. Rasa cam tak nak pegi. Tapi, aku bertanya & mohon padaNya... Akhirnya, aku berkeputusan utk menghadiri temuduga.Pergi tanpa pengharapan. Just follow the beat..

Keputusan temuduga dpt diketahui masa nak cuti raya Qurban.

Owh ho...aku gembirakan hatiku sempena raya wpon sebenarnya aku tgh berperang perasaan.

Sedih.

Pilu.

Bile mengenangkan aku terpksa memilih 2 kerjaya yg aku suka.

Berat.

Serabut.

Arrhhh... Tatau la.

Lama gak aku pk. Akhirnya, bile dah tenang2... Aku jumpa jawapan tu. Jawapan YA kepada kerjaya baru.

Susah.

Susah rasanya nk btau kat bos. Nak menangih tapi aku tahan. Aku rasa bos aku perasan mata aku berair..

11 Januari 2008 berakhirlah kerjaya aku secara rasmi sebagai orang akaun dan 14 Januari 2008 bermulalah kerjaya aku sebagai Guru Pelatih utk tempoh 2008 ni...

Sob sob... sedih tapi hidup mesti diteruskan:)

Wednesday, January 2, 2008

Mr MD

Assalamu'alaikum wrt

Hari ni aku berjumpa Mr MD.

Berbual, bertukar pendapat baik hal keje mahupon tentang cita2..

Kami penah bersembang pasal novel2 yang dibaca. Owh, ada 2 buku yg dipinjamkan oleh Mr MD pada ku. Novel thriller - David Baldacci (but i'm sorry Mr MD, gue kureng gemar cite thriller...) dan satu lagi Motivational Book (aku tak ingat tajuk tapi mmg best utk dibaca). Hari tu (tahun lepas sbnrnya), Mr MD syorkan aku baca Laskar Pelangi, belom lagik aku beli buku tu..

Aku admire kerja beliau. "eh. awk bukannya penah keje ngan saya"
Aku punya alasan sendiri utk admire kerja beliau. " kerja secara terus mmg la tak penah tapi, ni pon kira keja ngan Mr MD gak la ni..."

Aku semat dlm hati untuk berjaya seperti beliau. The way he think, his ideas... uuu...BRAVO! mmg aku suka. Cuma, manusia bukan sempurna. (kena ingat tu)

'Prepare the best for the worst'

Itu nasihat beliau kepada aku dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dalam hidup ini.

Terima kasih Mr MD.

'Sebenarnya saya sedih awk pergi..... All the best!'

Huwaa!! Ikut hati nak nangeh jer. Tapi tak terkuar.

Aku pon sedih. Tapi aku yakin setiap keputusan yang aku buat mempunyai hikmah yang tak terpk dek fikiran ku skrg ini... (amiin)

Thank You Very Much, Mr MD:)

Tuesday, January 1, 2008

1 Januari 2008

Assalamu'alaikum wrt...

Dah masuk 01.01.2008.

MasyaAllah, cepatnya masa berlalu...

Okeh. Nak tido lak...

Selamat berehat semua:)

Monday, December 31, 2007

Babai 2007...

Assalamu'alaikum wrt...

Hari dah malam. Suasana dalam rumah aku cam biasa. Ada yg tgh makan, ada yg tgh layan game online, ada yg tgk tv..owh.anak sedara aku tgh layan High School Musical2. Owh ho. Adik aku. Keluar. Mungkin jumpa kawan2 atau membaiki kereta... (lama benor keta tersadai...tukar mcm2..) Owh ho.. tecit dok ulang alik ke bilik aku. Ni dah kali ke 2 aku menaip. Yang mula2 tak jadi... Owh ho... (eish.owh ho owho.. cam santa klaus lak)


Bape jam je lagi, tirai 2007 berlabuh. Kendian 2008 lak menjengah...

Ya Allah, cepat betul masa berlalu...

Cuma aku rasa, ada perbezaan drpd tahun sebelum2 ni.. Mungkin kerana aku dah memasuki fasa dewasa jadi fikiran tu lebih matang daripada sebelum2 ni.. Itu aku rasa lah. Tapi, kalo sekilas pandang, orang ble kata aku cam fresh SPM (ahaks..perasan betol!~ ) takpon fresh grad.. Walaupon pada hakikatnya, aku ni dah lebih suku abad gitu...:)

Okaylah.. aku tatau nak tulis pe. Kita jumpe lagi esok.

Selamat Tahun Baru 2008.

Dalam berseronok2 sambut 2008, jgn lupa lak... Khamis depan,10 Januari 2008 adalah sambutan Maal Hijrah 1429... :)

1429 nanti mmg aku berhijrah. Berhijrah tempat dari satu negeri ke negeri yg lain... Mudah2an baik2 aje.. Amiin;)

Ok korang.. Selamat Berehat;)

Assalamu'alaikum wrt;)

Saturday, December 15, 2007

Banjir & Kenduri

Assalamu'alaikum wrt...

Kampung sebelah kampung aku dinaiki banjir. Mak kata, makin naik tapi tak sampai ke kampung kami. Apepon kudoakan semuanya selamat...

Abah ke KL hari nih. Jalan mana yg dilalui, wallahua'alam... Biasa la org lama, musti tau jalan pintas. Nope. Bukan jalan pintas, tetapi jalan jauh yg melalui banyak daerah tapi InsyaAllah selamat daripada banjir... Abah dah bergerak kul 0730 pagi & insyaAllah sampai kul 1200 tengahri ni. Isk. jauh betul...Mudah2an selamat pergi dan balik... Amiin.

Esok, 2 kenduri yg perlu dihadiri. 2 2 sepupu aku. Sorang tu, anak adik abah. Mereka adikberadik berusaha bersungguh2 utk menghadirinya... MasyaAllah, best kan. Ikatan kekeluargaan yg begitu kuat. Credit to my arwah aki & wan..

Yang sorang lagi, anak adik mak aku. Belah mak pon berusaha utk dtg. Mudah2an laluan LPT dah dibuka esok.. (Amiin...) Sesungguhnya, bonda tak dapat menghadirinya disebabkan kesihatan yg kurang umph! Tapi insyaAllah, kami akan dtg sebagai wakil bonda...:)

Bercerita tentang banjir, dulu, merasa jugakla berendam dlm air banjir. Hehe. Itupon susah nak dpt kelulusan. Tapi aku heran, nape la sedara lelaki aku senangggg je bole mandi.. Mungkin mereka pegi walaupon tak dapat kebenaran. Kot. Sekali tu, aku digigit lintah. Waaa... gelinya. Lepas tu, mintak maap yer.. takmo dah mandi air banjir.

Buat teman2 diluar sana yg menghadapi banjir, semoga sabar & tabah... Jgn le pulak nak buat terjun tiruk. Bahaya! Mintak dijauhkan drpd kemalangan yg tak diingini...

Weh!Khamis ni Raya Qurban! Tapi sayang, aku tak dapat balik kg utk buat apa2 persediaan.. Mmg balik malam raya la nampaknya ni. Itupon kalo jalan penghubung ok. Kalo masih cam skrg, hmm... mungkin beraya di kolumpo la nampaknya......

Selamat berhujung minggu semua!:)

Friday, December 14, 2007

SePOi

Assalamu'alaikum wrt...

Sepoi sepoi bahasa.

Camtulah diibaratkan blog aku nih. Kadang2 cepat je cite terbaru, kadang tu, sebulan sekali cite yg aku tulis.
Bukan malas, bukan tak suka tapi masa tengah banyak idea, mencurah2 bak mencurah air ke daun keladi (cesss) masaaaaaa tuuuu jugaaaaakkkk laaa ada keje yg lebih utama yg perlu aku setelkan. Jadik, kene la bagi keutamaan. Tak gitu, kak ungku? hehe.. kak ungku lagik!;p

Sebut pasal sepoi, aku tingat kat sorang senior aku yg manis itu. Geng2 panggil 'SEPOI' jadik tak terkecuali lah aku... Takkan nak panggil nama penuh, janggal yang amat lak rasanya. A very nice person. Aku kenal pon masa aku ikut ekspedisi panjat Gunung Nuang tahun 1997. Masa tu umur aku masih belasan tahun... Senior aku tu, rasanya, dah 20. (kot) ahaks.. ada ati nak nekel senior! huhu...

Laju siot senior aku tu. Aku antara yg kebelakang. PANCIT! 1st time panjat gunung tu... Aku la. Senior tu, dah berkali2 dah.. Tu pasal laju semacam.

Itu memori pertama dan terakhir aku join ekspedisi panjat gunung bersama2 beliau. Sebab lepas tu, senior sambung Degree kat Shah Alam. But still, cite2 menarik tentang beliau tetap sampai ke telinga aku yg mulus inih. hehe.

Kami, geng mendaki,merancang utk menawan puncak Gunung Kinabalu. Jadi sebelum ke sana, rasa dulu lah penat jerih mendaki gunung2 di Semenanjung ni.. Dukacita, aku tak dapat mengikuti setiap ekspedisi selepas G. Nuang. Kewangan tu satu hal tapi itu bisa di atur... Yg tak bole diatur bile tak dapat kelulusan drpd Yg Berhormat. AKu takmo la jadi anak derhaka, jadi aku akur dan berkata Tidak pada mereka... Berasap je la tinge nih dgr cite2 mereka sesudah ekspedisi...

Satu ekspedisi ke Gunung Irau. Mereka ajak tapi cam biasa la.. AKu cakap takpe la.. (sob sob) Masa tu jugak, aku ambik short sem. Jadi, alasan tu semacam kukuh la. Mula la aku terbayang2 keseronokan dipuncak gunung, riang gembira bersusah payah bersama. Aku akui, geng mendaki mempunyai semangat setiakawan yg kuat. Mmg gerenti tolong! Tapi kene tahan sket la, kene usik la, kene sakat la... (aku penah kene, sorang member letak batu sungai yg beso dlm beg aku! Beg yg dah berat tu bertambah berat dibuatnya! Dah sampai kat base camp baru perasan! HARUNYEEEE....Sudahnya, batu tu jadi penyendal pintu bilik tidur kat hostel. :D)

Okek. Berbalik cite senior tu.

Ekspedisi Irau adalah yang terakhir buat dirinya. Diberitakan senior telah pergi meninggalkan dunia yg fana ini... Arwah salah seorg pendaki yang meninggal dunia dlm ekspedisi itu. Diberitakan lemas sbb terhidu gas beracun masa tido dlm khemah.

Sesapa yg ingat,baik suratkhabar,tv mahupon radio ada menyiarkan cite pasal kejadian ini..

Owh.. mungkin kalian lupa atau tak pernah tahu sebab ia berlaku 8 tahun yg lalu.. May 1999.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau...

*Sedey... sob sob...

Thursday, December 13, 2007

Demam.. huhu:~


Assalamu'alaikum wrt...

Kak ungku demam, gue pon demam... ecece..mcm berjanji lak ye, kak ungku...:p

Smlm terpaksa ambik setengah hari, g klinik. Tak larat rasanya. Kalo stakat tanggung demam tu, ok kot..tapi plus plus ngan keje, isk... tak dapek den nak nolong...

Aku g klinik fevret. Mr Doc gitu youuu... haha. Sekali dua je aku dapat jumpa Ms Doc. Wrong timing, mungkin...

Mr Doc: Aha.. ***, kenapa ni?
Aku: Demam, Mr Doc. Selsema.. Kepala pening...
Mr Doc: Sejak bile tu? (bertanya ngan muka penuh minat gitu...hehe )
Aku: Malam tadi demam. Selsema start teruk pagi ni. Pening2 gak..
Mr Doc: Ic. Kenapa tak makan ubat? (muka penuh pertanyaan )
Aku: Saya tak suka makan ubat, Mr Doc.
Mr Doc: Bis tu? (tanya ngan muka tersengih2...)
Aku: Tapi sy suka consult ngan doktor.
Mr DOc: Owh.. gitu pulak... (senyum terus doktor tu)
Aku: Betul.. Mr Doc, sakit tulang la. Tulang montot ni, sakit jer..
Mr Doc: Sakit? Lenguh tu... Jadi mcm mana ni, nak ubat ke tak ni?
Aku: Bagi la Mr Doc...
Mr Doc: Okeh. Kalo gitu, sy bagi mild antibiotic la.. dan lelain. okeh?
Aku: Okeh:)

Dan aku pon pulang ngan ubat2 yg...hmm..bole abes makan ke? Nak tak nak, kene makan gak...huhu...